Semarakkan kesatuan, raikan kebersamaan
“MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MERAIKAN PESTA KAAMATAN INI TANPA DISEMPADANI OLEH PERBEZAAN IDEALOGI POLITIK”
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat seluruh masyarakat Kepulauan Borneo .
Perayaan Pesta Kaamatan mengimbau kembali kisah pengorbanan suci Huminodun demi menyelamatkan kaumnya, manakala Pesta Gawai pula diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah.
Sabah dan Sarawak sememangnya mempunyai persamaan yang sangat dekat dengan segi budaya, jiwa, dan kebersamaan.
Pesta Kaamatan merupakan perayaan terbesar dan utama di Sabah, menekankan tentang etika untuk merayakan Kaamatan ini haruslah dijiwai dengan akal yang bijaksana. Kita meraikannya dengan rasa bersyukur dan bergembira, namun dalam masa yang sama, kita mestilah tetap menjaga tertib serta adat budaya asal agar ianya menjadi cerminan dan gambaran yang baik di mata dunia amnya.
Oleh itu, saya menyeru kita semua untuk bersama-sama meraikan perayaan ini tanpa mengira latar belakang fahaman agama, sosial, dan latar belakang politik, kerana sesungguhnya kebersamaan merupakan kunci utama kepada kekukuhan sesebuah negara.
Segala usaha ini adalah demi kelangsungan, keterjaminan, serta kualiti hidup generasi masa hadapan, di mana cerita tersirat pada perayaan ini akan tetap diingati dan sentiasa dihormati.
Berikut merupakan ucapan Intipati YBhg. Paul Porodong, ASDK,
Pengerusi Qhazanah Venture, yang juga Tokoh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Antropologi Alam Sekitar dari University of Kent, United Kingdom’s.
Ucapannya diakhiri dengan harapan agar tema Pesta Kaamatan 2026 “MONGOMOT PISOMPURUAN, MAMARAMAI PIUNUNGAN” ini dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat Sabah.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MERAIKAN PESTA KAAMATAN INI TANPA DISEMPADANI OLEH PERBEZAAN IDEALOGI POLITIK
Pesta Kaamatan ini harus dikekalkan martabat serta Keasliannya agar tidak hanyut dengan arus peredaran zaman yakni AI yang mulai menjadi tumpuan seluruh dunia.
Tamat.
AdminDPP