Tentang Saya

Selamat datang ke pusat perjuangan untuk P.168 Kota Marudu yang lebih adil, lestari dan berdaulat. Setiap suara penting. Setiap tindakan membentuk masa depan kita.

Calon MP P168 Kota Marudu

Dr. Paul Porodong (DPP)

Ph.D, ADK, ASDK

Dr. Paul Porodong atau lebih dikenali sebagai DPP dilahirkan pada 4 April 1970 di Matunggong, Sabah.

Beliau adalah anak kedua dan satu-satunya anak lelaki daripada tujuh beradik. Bapanya, Porodong Magilin, adalah Pendeta Gereja Protestant di Sabah (PCS) yang berkhidmat selama lebih 35 tahun.

Ibu beliau, Ayun Daang, adalah surirumah sepenuh masa. Pada tahun 2015, pasangan Porodong & Ayun menerima Anugerah Khas Usia Emas (Kategori Pasangan) daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dibesarkan di beberapa daerah Utara Sabah (Pitas, Tandek, Kudat), DPP menguasai bahasa Rungus, Sungai Tambanua, Kimaragang, Melayu dan Inggeris.

Beliau adalah produk tulen Sistem Pendidikan Malaysia dan antara anak Sabah pertama yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Antropologi Persekitaran.

Pendidikan & Kerjaya Akademik

  • 1992 — Bachelor of Arts (Hons) Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya
  • 1997 — Masters of Arts in Development Anthropology, Universiti Malaya (Tesis: Kemiskinan di Kalangan Petani Pindah Kaum Rungus di Sabah)
  • 2010 — Doctor of Philosophy (PhD) Environmental Anthropology, University of Kent, United Kingdom (tajian Jabatan Perkhidmatan Awam)

DPP berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 20 tahun (1998–2018). Beliau pernah memegang jawatan Ketua Program Antropologi & Sosiologi dan Pemangku Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UMS. Pada 2018, beliau bersara pilihan untuk menceburi politik sepenuh masa.

Pakar Rujuk Budaya & Pembangunan Sabah

DPP diiktiraf sebagai Pakar Rujuk Budaya Negeri Sabah. Kepakarannya meliputi:

  • Kebudayaan Rungus & etnik Sabah
  • Kemiskinan & pembangunan luar bandar
  • Pemuliharaan alam & budaya
  • Pelancongan komuniti
  • Impak sosial dasar kerajaan

Antara perlantikan penting:

  • Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) 2022–2024
  • Ahli Majlis Warisan Negeri Sabah (2024)
  • Perunding Kebudayaan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (sejak 2016 & 2026)
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Penilaian Impak Sosial Malaysia (Chapter Sabah & Sarawak)
  • Pengerusi Qhazanah Venture (GLC Qhazanah Sabah) sejak 2023
  • Penyelidik Bersekutu, Borneo Research Institute, Universiti Malaysia Sarawak

Beliau juga dianugerahkan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada 2023 dan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada 2025.

Karier Politik

  • PRU14 (2018) — Bertanding atas tiket Parti Cinta Sabah → 2,501 undi
  • PRN16 (2020) — Calon Bebas → 1,069 undi
  • 2019–9 April 2026 — Naib Presiden & Pengarah Strategi STAR Sabah
  • 9 April 2026 — Meletak jawatan dan tamat keahlian STAR Sabah untuk bertanding sebagai calon yang benar-benar bebas dan fokus kepada rakyat P168.

Keluarga

DPP berkahwin pada 1997 dengan Puan Lee Sek Kean (guru Bahasa Melayu, bersara 2024). Dikurniakan dua cahaya mata:

  • Aileen Paula Magilin (1998) — baru tamat PhD Bioteknologi, University of East Anglia, UK (2025)
  • Alicia Paula Magilin (2000) — tahun akhir Psikologi, Help University, Kuala Lumpur

Komitmen Sosial & Keagamaan

  • Ahli Majlis Tertinggi Gereja Protestant di Sabah (PCS) sejak 2012
  • Pengasas Persatuan Penggiat Adat Rungus
  • Pengasas Persatuan Warga Emas Matunggung
  • Aktif dalam pelbagai NGO, persatuan profesional dan badan antarabangsa

Dr. Paul Porodong bukan sekadar calon — beliau adalah pemikir, penyelidik, pendidik dan anak tempatan yang benar-benar memahami akar permasalahan kemiskinan di Utara Sabah.

Misi beliau: Meningkatkan Pendapatan, Membasmi Kemiskinan di P168 Kota Marudu melalui infrastruktur, ekonomi nilai tambah, pembangunan sumber manusia dan kerjasama libaturus dengan rakyat.

“Perubahan bermula dari komuniti. Masa depan Sabah dibina bersama.”

PEMERKASAAN EKONOMI

Memperkenalkan industri nilai tambah ke atas semua produk mentah yang dikeluarkan dari Kota Marudu. Kota…

PEMERKASAAN PENDIDIKAN

Dr. Paul Porodong (DPP) meletakkan pembangunan sumber manusia sebagai salah satu keutamaan tertinggi di P168…

PEMERKASAAN FASILITI

Dr. Paul Porodong (DPP) memberi perhatian serius kepada kesihatan, warisan budaya dan kelestarian alam kerana…

KNOW MORE ABOUT

IDEOLOGICAL LEADER FOR YOUTH GENERATION

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eius mod tempor incididunt ut laboreeahga et dolore magna aliqua.
Quis ipsum suspendisse ultrices gravida. Risus commodo viverra mris usae cenas accumsan lacus vel facilisis.
Total Volunteer
0 K

CAMPAIGN

0 +

COVERAGE AREA

0 Miles

VOTE PAPER

0 K
BUILDING TOMORROW, TOGETHER

MEET THE DEDICATED TEAM BEHIND (JIMMY STEWART'S) VISIONARY LEADERSHIP!

WATCH, ENGAGE,AND IGNITE THE FUTURE!

NEWS AND UPDATES

LATEST NEWS & ARTICLES

WOULD YOU LIKE TO BECOME ONE OF OUR DONORS?

Perubahan bermula dari komuniti. Masa depan Sabah dibina bersama. Meningkatkan Pendapatan, Membasmi Kemiskinan dan Membina Warisan Generasi Esok

ALAMAT

Pejabat Perhubungan, Dr. Paul Porodong, 89109 Kota Marudu, Sabah.

info@paulporodong.com