PEMERKASAAN PENDIDIKAN

PEMERKASAAN PENDIDIKAN

Dr. Paul Porodong (DPP) meletakkan pembangunan sumber manusia sebagai salah satu keutamaan tertinggi di P168 Kota Marudu. Beliau percaya bahawa kemiskinan tidak akan dapat dibasmi sepenuhnya tanpa melengkapkan generasi muda, guru, pelajar dan wanita dengan kemahiran, peluang dan sokongan yang sewajarnya.

Apa yang akan dilakukan?

a. Mempastikan kebajikan guru-guru dan pelajar di P168 khususnya di kawasan terpencil tidak diabaikan. Guru dan pelajar di kawasan pedalaman sering menghadapi kekurangan infrastruktur, bahan pengajaran dan kemudahan asas. DPP akan memastikan mereka mendapat perhatian khas supaya kualiti pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman setanding dengan kawasan bandar.

b. Memberikan bantuan awal kepada pelajar P168 yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi dan IPT. Setiap pelajar yang diterima ke Matrikulasi atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima bantuan awal (one-off grant) bagi menampung kos pendaftaran, pengangkutan, penginapan dan keperluan asas. Ini bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga dan memberi motivasi kepada pelajar berprestasi.

c. Menyediakan One Stop Centre (OSC) Kerjaya & Pembangunan Diri Satu pusat khusus akan diwujudkan untuk membantu:

  • Lepasan sekolah mendapatkan maklumat peluang kerjaya dan latihan kemahiran
  • Bantuan permohonan biasiswa, pinjaman pendidikan dan program latihan
  • Khidmat nasihat serta sokongan teknikal mengenai pembangunan diri, keusahawanan dan pengurusan keluarga

OSC ini akan berfungsi sebagai “pusat sehenti” yang mudah diakses oleh belia dan keluarga di seluruh P168.

d. Menyediakan Dana Khas Wanita Usahawan Dana khas akan disediakan khusus untuk:

  • Wanita yang ingin memulakan perniagaan baru
  • Wanita yang ingin menaiktaraf atau mengembangkan perniagaan sedia ada
  • Program latihan keusahawanan dan mentoring khusus untuk wanita

Manfaat utama kepada rakyat P168:

  • Meningkatkan bilangan anak muda yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi
  • Mengurangkan kadar pengangguran belia di Utara Sabah
  • Memberi peluang kepada wanita menjadi pengusaha yang berdaya saing
  • Menjamin kualiti pendidikan di kawasan pedalaman tidak ketinggalan
  • Membina generasi baru yang berpengetahuan, berdaya saing dan berani berusaha

Asas kepakaran DPP Sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah selama 20 tahun dan ahli keluarga yang mempunyai dua anak yang sedang melanjutkan pengajian PhD dan ijazah sarjana, DPP benar-benar memahami cabaran pendidikan dan pembangunan sumber manusia di Sabah.

WOULD YOU LIKE TO BECOME ONE OF OUR DONORS?

Perubahan bermula dari komuniti. Masa depan Sabah dibina bersama. Meningkatkan Pendapatan, Membasmi Kemiskinan dan Membina Warisan Generasi Esok

ALAMAT

Pejabat Perhubungan, Dr. Paul Porodong, 89109 Kota Marudu, Sabah.

info@paulporodong.com