PROG6RAM REVALIDASI KINABALU UNESCO GLOBAL GEOPARK 2026
PROGRAM REVALIDASI KINABALU UNESCO GLOBAL GEOPARK 2026
Program Revalidasi Kinabalu UNESCO Global Geopark 2026 yang berlangsung pada 10–14 Ogos 2026 melibatkan kawasan Kota Belud, Ranau, Kota Marudu dan Tuaran.
Program ini turut melibatkan DR. PAUL PORODONG, KUGGp Advisor (Culture), sebagai salah seorang penasihat dalam bidang kebudayaan bagi Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp).
Penglibatan beliau dalam kapasiti tersebut mencerminkan kepentingan aspek warisan dan kebudayaan dalam usaha memperkukuh serta mengekalkan nilai keseluruhan Kinabalu UNESCO Global Geopark.
Semoga pada masa hadapan, inisiatif-inisiatif daripada pihak berwajib berkaitan sektor ini dapat terus diketengahkan demi memastikan keunikan dan kepentingan warisan geologi, alam sekitar serta budaya Sabah dapat dipelihara, dihargai dan dinikmati oleh seluruh masyarakat.
Demikian juga, sektor UNESCO Global Geopark berpotensi memberikan impak positif kepada negara dan masyarakat setempat, khususnya dalam aspek pemeliharaan warisan, pendidikan, pelancongan, pembangunan komuniti dan ekonomi setempat.
Semoga pada masa akan datang, bidang UNESCO Global Geopark dapat diketengahkan melalui penganjuran program yang lebih kerap serta penggunaan platform media sosial secara lebih meluas, agar maklumat mengenai kepentingan dan keunikan geopark dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh.
TAMAT
Admin Laman Web DPP