UCAPAN TAHNIAH KEPADA SELURUH CALON & PEMENANG UNK 2026
“MONGOMOT PISOMPURUAN, MAMARAMAI PIUNUNGAN”
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH dan SYABAS saya ucapkan kepada semua UNK yang telah beraksi di pentas tertinggi pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2026.
Penyertaan anda adalah bukti keberanian, keyakinan dan iltizam dalam mengangkat martabat budaya, bahasa dan warisan bangsa Kadazandusun Murut Rungus. Anda semua adalah Unduk Ngadau yang sebenar di hati masyarakat.
Kepada yang belum berjaya menyandang gelaran pada kali ini, jangan pernah patah semangat. Pengalaman di pentas ini adalah permata yang akan mematangkan langkah anda. Teruslah melangkah dan menggilap potensi kerana sumbangan anda dalam memartabatkan budaya tetap dihargai dan disanjung.
Kepada Unduk Ngadau Kaamatan 2026 serta barisan pemenang, setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang amat membanggakan. Gelaran ini adalah amanah untuk menjadi duta budaya, ikon wanita muda dan suara generasi baharu dalam memelihara warisan Huminodun. Semoga anda terus cemerlang, berwibawa dan menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda Sabah.
KOUNSAPATAN.
Dr. PAUL PORODONG
Pengerusi Qhazanah Venture
ADMINDPP